Saturday, January 2, 2021

Pengenalan Emas #1 Sifat Emas

1. Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79.

2. Emas merupakan logam berwarna kuning berkilauan yang perlu dilombong kerana ia tidak boleh dicipta.

3. Emas juga boleh berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Warna emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap.

4. Emas juga mudah ditempa dan dimulurkan sehingga apabila 1 gram emas yang ditempa boleh menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki2. Oleh sebab itu, emas biasanya dipadukan atau dialoikan dengan logam lain seperti perak (argentum) dan tembaga (kuprum) untuk menjadikan lebih keras.

5. Emas yang dialoikan ini biasanya dibentuk untuk dijadikan emas hiasan (barangan kemas) atau duit syiling kerana sifatnya akan menjadi lebih keras dan membolehkan emas ini dibawa dan dipegang tanpa risau ia akan bengkok atau terhakis.

6. Emas juga merupakan pengalir elektrik yang baik. Sifat ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

7. Emas digunakan dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik yang biasanya didapati dalam litar barang-barang elektronik seperti komputer dan alat telekomunikasi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir daripada kita yang giat mengumpul emas yang terdapat pada perkakasan elektronik lama dan rosak.


Internet

No comments:

Post a Comment